Kisah pelajar malaysia bertemu Rasul & diruqyah para sahabat nabi
Assalamualaikum w.b.t
Berkata  Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda  yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka  sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat  al-Bukhari dan Muslim.
Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W
Luangkan  masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena  keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..
Ya  Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga  dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad  s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Yang  dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ ,  jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf  memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari  nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah  s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak  sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran  30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3  tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri  kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang  mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau  hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk  menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal 2  mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang  beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak  ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih  setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di  bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian  lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,  selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya  hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya  ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau  berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg.  Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali  sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2  yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai  pendinding daripada gangguan yang berterusan menyakiti diri.  Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada  waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di  merata tempat, berjumpa doktor pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu  perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi  beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit,  banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi  Khamis itu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama  tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk  solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air  untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yang mampu  membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur,  rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau  sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai  saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.  Disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau  niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi  kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata  semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian  beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya  dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat-sahabatnya telah pun  ‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin  kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor  telefon ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku  dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan  tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring  dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam  solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di  sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba  datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan  dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya  SubhanaLlah…Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau  tertanya-tanya, siapakah orang ini? Cantik sekali kejadiannya dan hati  beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan  seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja.  Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..  ”
Subhanallah..Baginda  Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau  di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi,  janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan  tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang  berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian  Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin”  (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar). Ketika mendengar  suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di  seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan  dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi  diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti,  dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran  yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti  nampak ana..”
Ketika  Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal  ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan  baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya.  Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2  seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi  s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau  nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg  suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah  pergi.
Beliau  merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi.  Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yg mulia,  Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak  pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau  mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini? wallahua’lam.  ..
Sedar  daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi  oleh rakan-rakan yang turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya  “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kepada para  sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat  ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi.  Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda  sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih-lebih lagi kita sedar  bahawa hanya syafaat Bagindalah yang dikejar di akhirat kelak.
Ya  Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah  Alhamdulillah untuk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar  yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima  anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang  lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih  tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha  Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Rasa sakit  masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan  menangis lagi untuk kesakitan ini.
Usai  solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau  merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan  seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau  akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau  pujuk diri untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung  ini berbanding nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi  s.a.w..”
Kemudian  beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yang  biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya  Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yang hina ini,  rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah, datang  empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya  mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan  Salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu  Bakar, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..”  Subhanallah..Saidina Abu Bakar memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat  yang mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakar yang amat lembut  perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yang  cantik sekali dan Saidina ‘Ali yang agak kecil orangnya.
Para  Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk membantu  enti..” Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah  Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan  mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa  kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan  itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang  diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.  Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum  mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu  janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)  apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya.  Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali  dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan  tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,  barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan  mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan  mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai  membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk  yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..Waktu  itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan  Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang  setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakar  mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai  mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk.  Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan  mudah. Kemudian sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan  Alhamdulillah..Dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar  bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di  situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk  berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah  s.w.t. “Ya Allah, kiranya diberi tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat  diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau  berikan..”
Beliau berpesan pada kami;
“Adik-adik,  wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan  Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah  rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk saja dalam  bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia.  Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka  bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak  tenang sangat..Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya  sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi  itu tak mungkin, kan. Mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya  Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi  kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan Al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari  semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah  mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti  sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil  hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai  sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah  suatu ketika Rasulullah berkumpul dalam satu majlis bersama para  sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat  gelosah melihat sesuatu yang tidaknmereka senangi di wajah Rasulullah  s.a.w. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa  terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya  Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab,  “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum  pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku  sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya  Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang  yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam  penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
(kisah  ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah  dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
Sesungguhnya,  ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sebagai ummat nabi  Muhammad S.A.W… Banyakkanlah berselawat dan mendengar zikir.. InsyaAllah  kita semua akan mendapat syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..
dikutip dari sini 
Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.
0 Response to "Kisah pelajar malaysia bertemu Rasul & diruqyah para sahabat nabi"
Post a Comment